Saturday, 27 February 2016

PENDAMKAN RASA ITU

Benar
Hati dan perasaan itu
Susah diduga dan dijangka
Hadir ia tanpa diminta
Tapi yakin
Hati dan perasaan itu harus dipelihara
Allah
Andai baik bagiku dekatkanlah
Bila smpai masanya
Andai buruk bagiku, agamaku, keluargaku,
dan hidupku di dunia dan akhirat
Jauhkanlah ia dari ku
Jauhkan perasaan ini
Jaukan jarak antara kami
Semoga hati2 ini terpelihara
Cinta Mu kami cari
Temukan kami di medan yang sebenar
Menuju redha dan kebahagiaan
Di akhirat sana

Jagalah hati

Yang menjaga itu pasti dijaga
Pendamkan saja perasaan ini
Jadikan doa senjata pengikat hati
Wahai sang pemegang semua hati
Allahu rahman.



Masa kecik2 selalu lambai2 kapal terbang
Padahal orang di dalam tu tak pernah pedulikah kita
Tak nampak dan tak tengok pon kita
Bila dah besar ni baru faham
Kita tak perlu peduli orang yang tak pernah nak nampak kita
Undur diri adalah yang terbaik
Pendamkan semua, senyum
Teruskan berjalan jangan berhenti
Cari ibrah
Adukan semua pada Allah.

New year

Assalamualaikum wbt. Semoga Allah rahmati semua. Alhamdulillah, first entry in 2016. Banyak yang ingin di nukilkan tapi tersepit dalam buku perjalanan tabah sekeping hati. Cepat sungguh masa berlalu pergi tanpa menoleh untuk kembali. Sakit bukan bila fikirkan masa? Pedih bukan? Rasa seperti banyak yang terbuang tanpa erti. Pejam celik pejam celik dah menjejaki tahun 2016 pun. Dan, InsyaAllah dalam sebulan lebih lagi , maka genaplah umur jasad ini di bumi Illahi untuk yang ke 22 tahun. Fasa 20 an ini, fasa di mana kita makin banyak mencari erti sebuah kehidupan. Kadang2 buntu ingin teruskan perjalanan ke simpang mana. Fasa 20 an ini, fasa di mana jiwa yang bersemangat waja. Pantang disuntik. Dan fasa ini jugalah fasa yang jiwanya senang untuk merudum di tangga kejatuhan semangat diri. Hari demi hari, cahaya semangat itu makin lama makin malap, semakin kelam. 

Alhamdulillah syukur, sekarang sedang menjalani kehidupan sebagai pelajar dari program Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, USIM. Baru sahaja seminggu berada di semestar 6 ini. Dalam hati Allah je tahu. Rasa ingin flashback pula moment2 berdebar sem2 lepas. Bila berada di sem 3, rasa seperti sem 3 la paling susah dari sem2 yang sebelumnya. Bila naik sem4, rasa seperti ohoi,,,susahnya sem4 ni.. Dan bila dah smpai sem5. "SEM 5 ni la sem yang amat dan paling susah dalam hidup *pengsan* ". Tak akan habis, bila kita semakin mampu semakin kuat pula ujian untuk kita. Kita sedar itu bukan? Jadi bila rasa can't go anymore, banyakkan cari kekuatan pada yang mempunyai segala kekuatan. Banyakkan doa kepada Dia, kekasih dunia akhirat kita =) Hari ini, bergelar sebagai pelajar sem6, tahun 3 fizik gunaan. Rasa seperti semakin banyak amanah dan cabaran yang perlu dihadapi. Ramai tengah pening dengan tajuk thesis yang rata-rata nya masih pening2 lalat hehe saya la tu. Apa2 pun kena bersedia untuk hadapi segala kemungkinan. dengan 25 jam kredit sem ni. 



Ok kanak2 vitagen dah datang. Ada sahaja gangguan bila nak bersendirian. Jom lah melayan karenah kanak2 vitagen ni. Ok majlis bersurai (terguna ayat seseorang pula). Doakan semoga jiwa ini tetap kental. Jumpa lagi di entry yang seterusnya. Undur diri dulu, Assalamualaikum. Salam comel untuk semua =)

Saturday, 11 January 2014

BERUSAHALAH =)

assalamualaikum pembuka bicara. ahamdulillah dapat lagi hidup di bumi Allah yg serba indah ni =) semalam sempat lagi saya dan beberapa sahabat keluar bersama. tenang bersama mereka ya Allah. Oleh kerana saya dan sahabat tiba di Jalan TAR sebelum waktu zohor..kami membuat keputusan untuk solat terlebih dahulu, kemudian barulah meneruskan agenda 'shopping' yg tak berapa nak 'shopping' kami hihi. alhamdulillah..Masjid Jamek menjadi pilihan kami. semuanya indah,,rumah Allah mestilah indah kan hihi.Allahurobbi, dekatkanlah hati-hati kami kepadaMu. selesai mengerjakan kewajipan kami,,kami teruskan agenda. matlamat kami,,
nak berhoorey selepas exam boleh saja
tapi kewajipan jgn lupa
bukan kah itu yg lebih utama
semoga keberkatan milik kita

dalam meredah onak duri menyusuri denai yg penuh duri..cewah..masyaAllah ramai betul orang Malaysia ni. bermacam-macam ragam dan gelagat yg saya perhatikan. saya ingin sekali berkongsi sesuatu dgn antunna semua. mungkin perkara ini dipandang remeh..sedang saya dan sahabat meredah orang ramai untuk singgah ke gerai2 yg menarik perhatian,, saya tertarik dengan hamba Allah ini..semasa sedang sibuk terjah gerai2..sy tertarik dgn suara seorang lelaki,, 

"gula-gula dek..gula-gula kak..gula-gula abang..kerepek dekk.seringgit,seringgit,seringgit"

bagi saya, suara seorang pakcik mungkin..saya tertarik dan ingin lihat hamba Allah tersebut. siapa yg gigih menjual gula-gula di tengah-tengah orang ramai ini.sedangkan gerai2 kebanyakannya menjual barang-barang yg lebih dari RM5..ya Allah saya tak mampu berkata.hanya Allah saja yg tahu perasaan saya ketika itu..seorang pakcik yang kurang upaya, duduk di atas kerusi roda (saya tak pasti tetapi seperti basikal atau kerusi roda untuk orang yg kurg upaya mungkin.wallahua'alam la a'rif sbb sy pn xpasti)..berusaha sedaya upaya menarik perhatian pelanggan. pada masa yang sama, ramai yg memandang pakcik tersebut. sahabat saya ada memberi pesanan,,"kat KL ni terutamanya kat tempat2 macam ni..ramai yg muka kesian.ramai yg menagih simpati orang ramai dengan meminta sedekah,pedulikan diorang sbb kita tak tahu mereka mcm mana".. tapi bg saya..saya tak layak nak nilai hati budi mereka sebab sy tak berada di situasi mereka apatah lagi mengenali mereka..yang saya nampak adalah effort mereka untuk mencari rezeki. ikhlas atau tipu, halal atau haram..itu semua hak Allah. hanya Allah yg lebih tahu. biarlah itu semua urusan mereka dengan Allah. saya hanya ingin tolong orang seislam. 

sebenarnya saya dah terlajak ke depan. tapi saya sempat menarik tangan salah seorang sahabat saya. saya meminta sahabat untuk menemani saya menuju ke tempat pakcik tersebut.pakcik tersebut berada ditengah2 laluan (tak terlalu tengah sebnarnya memandangkan tempat itu luas sedikit dari lorong2 yg lain). saya pergi menjenguk ke dalam bakul jualan pakcik tersebut. nampk bungkusan2 gula-gula dalam plastik lutsinar, kerepek, dan gula-gula kipas yg dipegang pakcik, etc. teringat pula sewaktu kanak-kanak riang dahulu hihi



memandangkan saya dah sedikit dewasa, minat sy terhadap gula2 pula dah semakin terkubur, saya membuat keputusan utk hanya membeli kerepek tersebut hihi. masa nak bayar sy tengok. subhanallah,,ceria sungguh wajah pacik tersebut, mungkin bahagia sbb sy dan sahabt singgah dan membeli brg jualan beliau. ya Allah hatiku juga bahgia..gigih sungguh pakcik mencari sumber rezeki meskipun kurang kesempurnaan..alhamdulillah ya Allah aku bersyukur dgn kurnianMu..ya Allah semoga Allah murahkan rezeki pakcik dgn rezeki2 yg halal.jom doakan pakcik tersebut. meskipun hanya jual gula-gula..tak perlu malu untuk mencari rezki walaupun sedikit kerana mungkin yg sedikit itulah yang membantu kita di akhirat kelak. insyaAllah. Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah, ayat 195


yakni bermaksud,
Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya

sekian sahaja nukilan saya..semoga jumpa lagi 
sebelum tu mohon doakan seorang hamba Allah yg soleh(amin) yg bakal menduduki exam hari ni..semoga dia dipermudahkan dan cemerlang amin! =)

Assalamualaikum wrt. illalliqaa! =)