Saturday, 27 February 2016

PENDAMKAN RASA ITU

Benar
Hati dan perasaan itu
Susah diduga dan dijangka
Hadir ia tanpa diminta
Tapi yakin
Hati dan perasaan itu harus dipelihara
Allah
Andai baik bagiku dekatkanlah
Bila smpai masanya
Andai buruk bagiku, agamaku, keluargaku,
dan hidupku di dunia dan akhirat
Jauhkanlah ia dari ku
Jauhkan perasaan ini
Jaukan jarak antara kami
Semoga hati2 ini terpelihara
Cinta Mu kami cari
Temukan kami di medan yang sebenar
Menuju redha dan kebahagiaan
Di akhirat sana

Jagalah hati

Yang menjaga itu pasti dijaga
Pendamkan saja perasaan ini
Jadikan doa senjata pengikat hati
Wahai sang pemegang semua hati
Allahu rahman.



Masa kecik2 selalu lambai2 kapal terbang
Padahal orang di dalam tu tak pernah pedulikah kita
Tak nampak dan tak tengok pon kita
Bila dah besar ni baru faham
Kita tak perlu peduli orang yang tak pernah nak nampak kita
Undur diri adalah yang terbaik
Pendamkan semua, senyum
Teruskan berjalan jangan berhenti
Cari ibrah
Adukan semua pada Allah.

New year

Assalamualaikum wbt. Semoga Allah rahmati semua. Alhamdulillah, first entry in 2016. Banyak yang ingin di nukilkan tapi tersepit dalam buku perjalanan tabah sekeping hati. Cepat sungguh masa berlalu pergi tanpa menoleh untuk kembali. Sakit bukan bila fikirkan masa? Pedih bukan? Rasa seperti banyak yang terbuang tanpa erti. Pejam celik pejam celik dah menjejaki tahun 2016 pun. Dan, InsyaAllah dalam sebulan lebih lagi , maka genaplah umur jasad ini di bumi Illahi untuk yang ke 22 tahun. Fasa 20 an ini, fasa di mana kita makin banyak mencari erti sebuah kehidupan. Kadang2 buntu ingin teruskan perjalanan ke simpang mana. Fasa 20 an ini, fasa di mana jiwa yang bersemangat waja. Pantang disuntik. Dan fasa ini jugalah fasa yang jiwanya senang untuk merudum di tangga kejatuhan semangat diri. Hari demi hari, cahaya semangat itu makin lama makin malap, semakin kelam. 

Alhamdulillah syukur, sekarang sedang menjalani kehidupan sebagai pelajar dari program Fizik Gunaan, Fakulti Sains & Teknologi, USIM. Baru sahaja seminggu berada di semestar 6 ini. Dalam hati Allah je tahu. Rasa ingin flashback pula moment2 berdebar sem2 lepas. Bila berada di sem 3, rasa seperti sem 3 la paling susah dari sem2 yang sebelumnya. Bila naik sem4, rasa seperti ohoi,,,susahnya sem4 ni.. Dan bila dah smpai sem5. "SEM 5 ni la sem yang amat dan paling susah dalam hidup *pengsan* ". Tak akan habis, bila kita semakin mampu semakin kuat pula ujian untuk kita. Kita sedar itu bukan? Jadi bila rasa can't go anymore, banyakkan cari kekuatan pada yang mempunyai segala kekuatan. Banyakkan doa kepada Dia, kekasih dunia akhirat kita =) Hari ini, bergelar sebagai pelajar sem6, tahun 3 fizik gunaan. Rasa seperti semakin banyak amanah dan cabaran yang perlu dihadapi. Ramai tengah pening dengan tajuk thesis yang rata-rata nya masih pening2 lalat hehe saya la tu. Apa2 pun kena bersedia untuk hadapi segala kemungkinan. dengan 25 jam kredit sem ni. 



Ok kanak2 vitagen dah datang. Ada sahaja gangguan bila nak bersendirian. Jom lah melayan karenah kanak2 vitagen ni. Ok majlis bersurai (terguna ayat seseorang pula). Doakan semoga jiwa ini tetap kental. Jumpa lagi di entry yang seterusnya. Undur diri dulu, Assalamualaikum. Salam comel untuk semua =)